Selasa, 13 Ogos 2013

104: JavaScript Alert papar input dari Html Form

Tutorial ini adalah sambungan dari http://pengaturcaraan-komputer.blogspot.com/2013/08/103htmlform-asas-html-form.html
 
1) Bina struktur folder projek seperti berikut: C:\Z\104JavaScriptAlert


2) Cipta file index.html di dalam folder C:\Z\104JavaScriptAlert



3) Taip kod berikut ke dalam file index.html
<html>
   <head>
      <title>Html-Form</title>
      <script>
         function testResults (form) {
 var TestVar = form.inputbox.value;
 alert ("You typed: " + TestVar);
}
      </script>
   </head>
   <body>
      <form name="myform" action="" method="get">
         Please type input values: <br/>
         <input type="text" name="inputbox" value=""/><br/>
         <input type="button" name="button" value="Click"
            onClick="testResults(this.form)" />
      </form>
   </body>
</html>


Perhatikan baris yang ditandakan bullet berwarna biru. Ini adalah kod baru yang akan dipelajari dalam tutorial ini.

4) Buka file index.html menggunakan Chrome. (file:///C:/Z/104JavaScriptAlert/index.html)
Taipkan "Hello" dalam textbox yang terpapar.
Klik button bertanda "Click".
Anda akan menerima Dialog Alert yang berbunyi "You typed: Hello"




5) Kesimpulan:
a) Pada kali ini tag <script> telah dimasukkan ke bahagian <head> dan bukannya <body>.
b) Pada baris no.5 iaitu dalam tag <script> terdapat arahan pengisytiharan (declaration) function bernama testResults(). 
c) Pada baris no. 16, terdapat arahan panggil function (function call) untuk testResults() , i.e. apabila pengguna klik button bertanda "Click", komputer akan merujuk kepada baris no.5
d) Function testResults() akan mendapatkan nilai yang ditaip di dalam textbox dan memaparkannya di dalam Tetingkap Alert (Alert Window) seperti di atas. 
e) Pada baris no.6, komputer akan mencipta variable (sejenis memori) bernama TestVar yang akan menyimpan nilai input yang diterima dari textbox.
f) Pada baris no.7, komputer akan memaparkan Tetingkap Alert (Alert Window) dan mengeluarkan semula nilai input dari variable TestVar.

Seterusnya kita akan belajar memasukkan input nombor dan melakukan operasi aritmetik ke atasnya.
 



103: HtmlForm Asas HTML Form

 Tutorial ini adalah sambungan dari http://pengaturcaraan-komputer.blogspot.com/2013/08/102hellojavascript-asas-javascript.html

1) Bina struktur folder projek seperti berikut: C:\Z\103HtmlForm


2) Cipta file index.html di dalam folder C:\Z\103HtmlForm



3) Taip kod berikut ke dalam file index.html
<html>
   <head>
      <title>Html-Form</title>
   </head>
   <body>
      <form name="myform" action="" method="get">
         Please type input values: <br/>
         <input type="text" name="inputbox" value=""/><br/>
         <input type="button" name="button" value="Click"/>
      </form>
   </body>

</html>



4) Buka file index.html menggunakan Chrome. (file:///C:/Z/103HtmlForm/index.html)


5) Kesimpulan:
a) <form> membolehkan pengguna memberikan nilai input untuk komputer memprosesnya.
b) <input type="text".../> digunakan untuk mendapatkan nilai aksara atau nombor
c) <input type="button .../> digunakan untuk mendapatkan isyarat klik

Seterusnya kita akan mempelajari teknik memproses data menggunakan JavaScript. Baca http://pengaturcaraan-komputer.blogspot.com/2013/08/javascript-alert-papar-input-dari-html.html .


Isnin, 12 Ogos 2013

102: HelloJavaScript Asas JavaScript

Tutorial ini adalah sambungan dari http://pengaturcaraan-komputer.blogspot.com/2013/08/101hellohtml-asas-html.html

1) Bina struktur folder projek seperti berikut: C:\Z\102HelloJavaScript


2) Cipta file index.html di dalam folder 102HelloJavaScript



3) Taip kod berikut ke dalam file index.html
<html>
<head>
<title>Hello-JavaScript</title>
</head>
<body>
<h1>Hello JavaScript</h1>
<p>This is Hello JavaScript page.</p>
<script type="text/javascript">
<!--
document.write("<p>Today is " + Date() + "</p>");
//-->
</script>
</body>

</html>



4) Buka file index.html menggunakan Chrome. (file:///C:/Z/102HelloJavaScript/index.html)



5) Kesimpulan:
a) File ini mengandungi tag tambahan iaitu <script>
b) Tag <script> ini menyatakan type="text/javascript"
c) Baris ke 10 mengandungi function Date() yang akan diproses semasa runtime. e.g., setiap kali file ini dibuka function Date() akan mendapatkan nilai tarikh semasa. Hal ini menjadikan sifat file HTML ini sebagai "dynamic".

Seterusnya, kita akan belajar menerima input dari pengguna menggunakan HTML Form. Lihat http://pengaturcaraan-komputer.blogspot.com/2013/08/103htmlform-asas-html-form.html.


101: HelloHtml Asas HTML



1) Bina struktur folder projek seperti berikut: C:\Z\101HelloHtml


2) Cipta file index.html di dalam folder 101HelloHtml



3) Taip kod berikut ke dalam file index.html
<html>
<head>
<title>Hello-Html</title>
</head>
<body>
<h1>Hello Html</h1>
<p>This is Hello Html page.</p>
</body>
</html>




4) Buka file index.html menggunakan Chrome. (file:///C:/Z/101HelloHtml/index.html)




5) Kesimpulan:
a) File html mengandungi 2 bahagian, i.e. i)<head> dan ii)<body>
b) Bahagian <head> mengandungi maklumat untuk rujukan Web Browser.
c) Bahagian <body> mengandungi maklumat untuk paparan melalui tetingkap Web Browser.
d) File html seperti di atas juga digelar sebagai "static"kerana maklumat di dalamnya tidak akan berubah semasa "runtime" (runtime adalah istilah yang bermaksud masa di mana sesuatu file atau program dibuka atau dijalankan oleh komputer)

Seterusnya, kita akan belajar memasukkan kod JavaScript yang akan menukar sifat laman "static" kepada laman "dynamic. Lihat http://pengaturcaraan-komputer.blogspot.com/2013/08/102hellojavascript-asas-javascript.html.

Cara Mudah Belajar JavaScript

Belajar JavaScript Cara Mudah
Cara Mudah Belajar Java Script



101: HelloHtml Asas HTML

102: HelloJavaScript Asas JavaScript

103: HtmlForm Asas HTML Form

104: JavaScript Alert papar input dari Html Form



101: FirstRun Asas HTML


Untuk memulakan latihan tutorial ini, sediakan struktur file seperti berikut, C:\Z\101FirstRun (Klik pautan ini untuk mengikut panduan langkah-demi-langkah, http://pengaturcaraan-komputer.blogspot.com/2013/08/pengenalan-struktur-fail-projek-dalam.html)

1) Kita akan mencipta file index.html
a) Dengan menggunakan Notepad++, cipta file index.html. Save index.html di dalam C:\Z\101FirstRun.



b) Hasilnya seperti berikut:




2) Buka file index.html menggunakan Chrome. (file:///C:/Z/101FirstRun/index.html)
a) Chrome akan memaparkan halaman kosong.


b) Lihat pada tajuk laman tersebut. Tertulis index.html.
Oleh kerana file ini kosong, Chrome akan menggunakan nama file ini sebagai tajuk bagi lamannya.

Seterusnya, kita akan belajar menulis kod asas HTML untuk file ini. Lihat  http://pengaturcaraan-komputer.blogspot.com/2013/08/101hellohtml-asas-html.html

Pengenalan Struktur Fail Projek dalam Aktiviti Pembangunan Perisian

PENGENALAN

Seorang pengaturcara yang mahir biasanya memulakan aktiviti pengaturcaraannya dengan menyusun struktur fail pengaturcaraannya dengan baik. Struktur yang baik akan memudahkannya memahami hubungan setiap fail pengaturcaraan dan mengawalnya dengan cekap. Cekap boleh diertikan sebagai pantas menulis kod, menyemak ralat (error), membetulkannya dan akhirnya menyelesaikan masalah pengaturcaraan yang dikehendaki.

Tutorial ini akan memberi panduan menyediakan struktur folder yang sesuai bagi membangunkan projek-projek latihan selanjutnya yang terdapat di dalam blog ini.

Saya akan gunakan Bahasa Inggeris untuk istilah berikut:
a) file
b) folder
c) program
d) download
e) input
f) output

Untuk mengelakkan kecelaruan pembelajaran menggunakan pelbagai versi Windows, tutorial ini akan menggunakan program berikut:
a) FreeCommander (Download dari http://portableapps.com/apps/utilities/freecommander_portable)
b) Notepad++ (Download dari http://portableapps.com/apps/development/notepadpp_portable )
c) Chrome (Download dari http://portableapps.com/apps/internet/google_chrome_portable )

FreeCommander digunakan untuk menyusun file dan folder.

Notepad++ digunakan untuk menulis kod program.

Chrome digunakan untuk melihat output program.


AKTIVITI

1) Dengan menggunakan FreeCommander,bina struktur folder C:\Z\101FirstRun
a) Buat struktur folder C:\Z. Masuk ke dalam folder Z.


b) Hasilnya seperti berikut:


c) Buat struktur folder C:\Z\101FirstRun. Masuk ke dalam folder 101FirstRun.


d) Hasilnya seperti berikut:


2) Untuk latihan 101FirstRun, klik pautan berikut http://pengaturcaraan-komputer.blogspot.com/2013/08/101firstrun-asas-html.html.