Isnin, 19 September 2011

Pengaturcaraan Komputer

Pengaturcaraan komputer bermaksud aktiviti menggunakan komputer untuk melaksanakan set arahan yang telah disediakan.

Set arahan (program) ditulis menggunakan bahasa aturcara (programming language) oleh seseorang pengaturcara (programmer).

Aktiviti perkomputeran asasnya meliputi perkara berikut:
1) Input - Mengambil arahan atau data dari pengguna komputer
2) Proses - Memproses data mengikut arahan yang diberikan
3) Output - Mengembalikan hasis pemprosesan kepada pengguna

Output adakalanya berbentuk paparan atas skrin dan adakalanya disimpan dalam ingatan (memory); samada dalam cakera keras (hard disk) atau apa-apa bentuk ingatan yang lain seperti flash disk, compact disc dan seumpamanya.

Pengaturcaraan komputer melibatkan penentuan berikut:
1) Data yang diperlukan untuk pemprosesan.
2) Langkah-langkah pemprosesan atau algoritma (algoritm).
3) Penyimpanan data sebelum, semasa dan selepas pemprosesan.

Rabu, 17 Ogos 2011

Maksud Computer Programming

Computer Programming, dalam bahasa Melayu, Pengaturcaraan Komputer, adalah proses merangka, menulis, menguji, menyahpijat dan mengemaskini kod sumber bagi sesebuah aturcara komputer (computer program).