Isnin, 12 Ogos 2013

Pengenalan Struktur Fail Projek dalam Aktiviti Pembangunan Perisian

PENGENALAN

Seorang pengaturcara yang mahir biasanya memulakan aktiviti pengaturcaraannya dengan menyusun struktur fail pengaturcaraannya dengan baik. Struktur yang baik akan memudahkannya memahami hubungan setiap fail pengaturcaraan dan mengawalnya dengan cekap. Cekap boleh diertikan sebagai pantas menulis kod, menyemak ralat (error), membetulkannya dan akhirnya menyelesaikan masalah pengaturcaraan yang dikehendaki.

Tutorial ini akan memberi panduan menyediakan struktur folder yang sesuai bagi membangunkan projek-projek latihan selanjutnya yang terdapat di dalam blog ini.

Saya akan gunakan Bahasa Inggeris untuk istilah berikut:
a) file
b) folder
c) program
d) download
e) input
f) output

Untuk mengelakkan kecelaruan pembelajaran menggunakan pelbagai versi Windows, tutorial ini akan menggunakan program berikut:
a) FreeCommander (Download dari http://portableapps.com/apps/utilities/freecommander_portable)
b) Notepad++ (Download dari http://portableapps.com/apps/development/notepadpp_portable )
c) Chrome (Download dari http://portableapps.com/apps/internet/google_chrome_portable )

FreeCommander digunakan untuk menyusun file dan folder.

Notepad++ digunakan untuk menulis kod program.

Chrome digunakan untuk melihat output program.


AKTIVITI

1) Dengan menggunakan FreeCommander,bina struktur folder C:\Z\101FirstRun
a) Buat struktur folder C:\Z. Masuk ke dalam folder Z.


b) Hasilnya seperti berikut:


c) Buat struktur folder C:\Z\101FirstRun. Masuk ke dalam folder 101FirstRun.


d) Hasilnya seperti berikut:


2) Untuk latihan 101FirstRun, klik pautan berikut http://pengaturcaraan-komputer.blogspot.com/2013/08/101firstrun-asas-html.html.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan