Selasa, 31 Oktober 2017

Adakah pengaturcaraan komputer sesuai untuk saya?



Mempelajari pengaturcaraan tidaklah sukar. Pengaturcaraan melibatkan proses logik dan penyelesaian mengikut aturan yang ditetapkan. Jika logik dan aturan betul, masalah dapat diselesaikan.

Akan tetapi bukan semua orang sesuai untuk mempelajari pengaturcaraan. Anda boleh nilaikan diri sendiri dengan soalan berikut:

1. Bolehkah saya melakukan operasi asas matematik seperti campur, tolak, darab dan bahagi tanpa sebarang masalah?

2. Bolehkah saya memikirkan keputusan logik secara congak? Contohnya, jika kos barang jualan lebih tinggi dari harga jualan, kita sudah dapat mencongak bahawa perniagaan ini tidak menguntungkan dan pelaburan dalam perniagaan ini tidak berbaloi.

3. Bolehkah saya melihat kod dalam bentuk angka dan huruf yang banyak, berselirat dan kadangkala dipenuhi dengan tanda merah (ralat) di sana sini?

4. Bolehkah saya bersabar ketika kod yang ditulis tidak mencapai objektif penyelesaian atau kod yang ditulis dipenuhi dengan ralat yang sukar dicari puncanya?

Jika semua jawapan di atas adalah ya, pengaturcaraan mungkin sesuai untuk anda!