Rabu, 21 Mac 2012

Object Oriented PHP untuk permulaan 1/5


Untuk tutorial ini, anda perlu memahami beberapa asas-asas PHP: function, variables, conditionals dan loop.

Untuk memudahkan pembelajaran, tutorial dibahagikan kepada 22 langkah.

Langkah 1:

Perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah mewujudkan dua laman PHP:

  • index.php
  • class_lib.php

Laman index.php mengandungi kod biasa PHP. Laman class_lib.php pula mengandungi kod class. Class adalah acuan untuk membina Object. Class akan dihubungkan kepada laman index.php melalui keyword 'include'.

Langkah 2:

Tulis skrip untuk Class di dalam class_lib.php.

Class ditakrifkan melalui keyword 'class' dan diikuti oleh nama class tersebut. Dalam contoh di bawah, nama class ini adalah 'person'. Perhatikan tanda { dan } (yang dikenali sebagai braces). Di antara kedua tanda braces inilah skrip selanjutnya tentang kandungan class ini akan ditulis.

php
class person {

}
?>


Langkah 3:

Kandungan Class terdiri daripada data (yang disebut sebagai 'property') dan function (yang akan disebut sebagai 'method'). Dalam contoh di bawah, Class 'person' mengandungi property $name;

php
class person {
var $name;
}
?>


Step 4:

Seterusnya tulis kod untuk Method. Method digunakan untuk mengubahsuai Property di dalam Class. Ada tiga istilah yang bersangkutan dengan Method atau function; 1) Function/Method Call, 2) Function/Method Parameter, 3) Function/Method Returning Value.

(Lihat contoh dibawah)

Apabila Method 'set_name' dipanggil, ia akan menerima nilai input melalui Parameter $new_name. Ia akan mengumpukkan nilai $new_name kepada Property $name. Contohnya, jika $new_name mengandungi string 'ahmad', maka nilai 'ahmad' seterusnya akan diumpukkan kepada $name.

Method 'get_name' pula bertindak sebaliknya. Ia berperanan memulangkan nilai $name kepada kod aturcara yang memanggilnya.

Lanjutan
Perhatikan keyword '$this->'. $this-> adalah rujukan kepada Object dari Class 'person' yang sedang aktif ketika sesuatu Method dipanggil. Olehkerana Class boleh menjana lebih dari satu Object, Keyword '$this->' menjadi petunjuk Object yang mana satukah akan dirujuk ketika Method dipanggil.

php
class person {
var $name;
function set_name($new_name) {
$this
->name = $new_name;
}
function get_name() {
return $this->name;
}
}
?>


Step 5:

'set_name()' dan 'get_name' juga digelar Getter and setter functions.Nama Getter dan setter selalunya diikuti dengan nama Property yang berkaitan. Secara tidak langsung, apabila pengaturcara melihat 'get_xxx' atau 'set_xxx', beliau akan tahu bahawa telah wujud Property bernama 'xxx' di dalam sesuatu Class.

php
class person {
var $name;
function set_name($new_name) {
$this
->name = $new_name;
}

function get_name() {
return $this->name;
}
}
?>


Tiada ulasan:

Catat Ulasan