Memaparkan catatan dengan label bincang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bincang. Papar semua catatan

Rabu, 9 Ogos 2017

Keburukan Komputer


1. Risiko Ketagihan. Penggunaan komputer yang melampau boleh mengakibatkan ketagihan. Ada pengguna yang ketagih bermain computer games, ada yang ketagih menonton video, ada yang ketagih bekerja dan sebagainya.

2. Risiko Anti sosial. Penggunaan komputer yang melampau boleh membuatkan pengguna seronok menghabiskan masa dengan komputer dan kurang berinteraksi dengan manusia lain.

3. Risiko pelanggaran hak privasi manusia. Perkongsian maklumat melalui komputer boleh membawa risiko kebocoran maklumat iaitu maklumat disebarkan kepada penerima yang tidak dikehendaki. Ia boleh membawa kesudahan buruk terhadap diri seseorang.

4. Risiko kesihatan. Penggunaan komputer yang melampau boleh membawa risiko kesihatan pada mata, jari, tulang belakang atau anggota badan yang lain.

5. Risiko pengangguran Penggunaan komputer yang meluas di pejabat atau kilang boleh mengakibatkan peranan manusia digantikan oleh komputer atau robot. Ia akan menaikkan kadar pengangguran.

Kelebihan Komputer


1. Pantas. Komputer menggunakan litar elektronik. Oleh itu data, arahan dan maklumat dapat bergerak dan diproses dengan pantas dengan kada trillion operasi sesaat.

2. Kebolehbergantungan (English:Reliability). Komputer menjalankan operasi mengikut arahan yang berdasarkan algoritma atau formula yang telah ditetapkan. Ia akan menghasilkan output yang boleh dipercayai.

3. Konsisten (English:Consistent). Komputer memproses data menggunakan kaedah aritmetik dan logik. Kaedah aritmetik dan logik adalah konsisten sepanjang masa.

4. Ruang simpanan yang besar. Secara perbandingan, sekeping cip storan elektronik mampu menyimpan berjuta imej imbasan helaian kertas yang mungkin akan memerlukan sebuah bilik yang besar untuk menyimpan kertas-kertas ini.

5. Komunikasi.  Komputer pada hari ini dilengkapi dengan pelbagai peranti komunikasi seperti serial port, vga/hdmi port, usb port, bluetooth port, lan port dan wifi port. Ia membolehkan sesebuah komputer berkomunikasi dengan komputer lain dengan mudah.