Label
Memaparkan catatan dengan label istilah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label istilah. Papar semua catatan
Rabu, 9 Ogos 2017
Maksud Identity Theft
Identity Theft (Melayu: Kecurian Identiti) bermaksud pencurian maklumat peribadi seseorang yang selalunya berkaitan dengan akses kepada perbankan atau perkhidmatan lain yang khusus untuk seseorang individu.
Pada hari ini, penjenayah siber menggunakan teknik yang dipanggil phishing iaitu penyamaran sebagai pihak berkuasa atau pentadbir akaun yang menghubungi mangsa kononnya meminta maklumat identiti untuk pengesahan, kemaskini atau siasatan akaun. Mangsa yang tidak menyedari dirinya ditipu akan memberi maklumat ini kepada penjenayah tadi. Apabila maklumat ini diperolehi, penjenayah akan mengakses akaun peribadi mangsa dan mengeksploitasinya seperti mengeluarkan wang atau maklumat berharga dari akaun yang telah diceroboh.
Maksud Web
Web adalah singkatan bagi World Wide Web (Melayu: Jaringan Web Sedunia) iaitu sejenis perkhidmatan perkongsian dokumen elektronik melalui rangkaian Internet (baca maksud Internet di sini).
Teknologi Web dirintis pada tahun 1990. Pada ketika itu ia digunakan untuk memudahkan saintis mencari dokumen elektronik yang berkaitan dengan sesuatu kajian.
Web pada asasnya menggunakan kaedah hyperlink iaitu sejenis teks yang dihubungkan dengan mana-mana sumber dokumen elektronik. Apabila teks ini diklik, komputer akan menghubungi sumber dokumen tersebut, mendapatkannya dan memaparkannya menerusi perisian yang dipanggil Web Browser (Melayu: Pelayar Web). Hal inilah yang dimaksudkan dengan perkataan hyperlink iaitu pautan yang boleh membawa kita melompat dari satu halaman dokumen ke halaman dokumen yang lain.
Maksud Internet
Internet adalah sejenis rangkaian komputer yang meliputi seluruh dunia. Ia menghubungkan rangkaian perniagaan, agensi kerajaan, akademik dan orang perseorangan.
Teknologi Internet mula dirintis pada tahun 1969 untuk tujuan kajian akademik dan ketenteraan. Pada tahun 1990 ia dibuka kepada orang awam dan pada tahun 1995 ia dibuka untuk aktiviti komersil.
Dengan itu, ia menjadi satu rangkaian komputer yang sangat penting dalam masyarakat moden yang menggunakannya untuk pelbagai tujuan seperti perniagaan, pentadbiran, pengajian ataupun persendirian.
Maksud Computer Networks
Computer Networks (Melayu: Rangkaian Komputer) bermaksud himpunan komputer dan peranti elektronik yang dirangkaikan bersama melalui teknologi komunikasi samada melalui sambungan wayar (English:wired) atau wayarles (English:wireless).
Apabila komputer atau peranti ini terhubung dengan rangkaian, ia dikatakan online. Sebaliknya, jika terputus atau tiada hubungan, ia dikatakan offline.
Rangkaian Komputer membolehkan komputer atau peranti berkongsi sumber seperti perkakasan, perisian, data dan maklumat. Perkongsian ini menjimatkan waktu dan wang kerana ia membantu mempercepatkan aktiviti pemprosesan maklumat.
Jumaat, 1 Januari 2016
Maksud Pemikiran Komputasional
Pemikiran Komputasional merupakan salah satu program pengajian terkini yang membantu pelajar menyelesaikan masalah dengan cara yang sistematik dan kreatif
Pemikiran Komputasional (English: Computational) bermaksud proses pemikiran bagi menyelesaikan masalah manusia dengan menggunakan konsep asas sains komputer.
Pemikiran Komputasional melibatkan aktiviti seperti Peleraian Masalah (English: Problem Decomposition) dari satu masalah yang besar dan rumit kepada pecahan masalah kecil yang mudah diselesaikan.
Pemikiran Komputasional juga melibatkan aktiviti Abstraksi (English: Abstraction) di mana perkara-perkara yang penting diberi perhatian dan perkara-perkara yang tidak penting diabaikan. Ia memudahkan proses penyelesaian masalah kerana tumpuan diberikan hanya kepada perkara yang diperlukan sahaja.
Antara kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan pemikiran komputasional ialah kemahiran berfikir secara logik (English: Logic) dan kemahiran membina algoritma (English: Algorithm). Di samping itu seseorang yang mempelajari pemikiran komputasional akan turut memupuk daya kreativiti dalam mencari penyelesaian, ketekunan dalam memberi tumpuan penyelesaian serta ketabahan memeriksa dan membetulkan kesilapan dalam penyelesaian.
Selasa, 7 Februari 2012
Maksud Program Development Life Cycle
(Tajuk berkaitan: Apa itu, Maksud, Makna, Erti, Program Development LifeCycle, Kitaran Hayat Pembangunan Program)
Aturcara Komputer (english:Computer Program) diperlukan untuk memberi arahan kepada komputer tentang bagaimana tugasan pemprosesan maklumat harus dilakukan. Arahan yang terdapat di dalam Aturcara Komputer meliputi tiga bahagian penting:
1) Arahan untuk komputer menerima (english:input) data dari pengguna.
2) Arahan untuk tindakan/pemprosesan sejurus selepas menerima input.
3) Arahan untuk mengeluarkan (english:output) hasil pemprosesan kepada pengguna.
Arahan yang terdapat di dalam Aturcara disusun mengikut turutan yang tertentu. Penulisan kod aturcara merupakan aktiviti yang rumit. Oleh itu, Penulis Aturcara (english:programmer) harus mengikut kaedah piawai yang disebut Kitar Hayat Pembangunan Program (english: Program Development Life Cycle).
Program Development Life Cycle mengandungi peringkat seperti berikut:
1) Problem Analysis (melayu: Analisa Masalah)
2) Program Design (melayu: Rekabentuk Program)
3) Coding (melayu: Penulisan Kod)
4) Debugging (melayu: Penyahpijatan)
5) Testing (melayu: Pengujian)
6) Installation (melayu: Pemasangan)
7) Maintenance (melayu: Penyelenggaraan)
Rujukan:
Langgan:
Catatan (Atom)




