Rabu, 9 Ogos 2017
Kelebihan Komputer
1. Pantas. Komputer menggunakan litar elektronik. Oleh itu data, arahan dan maklumat dapat bergerak dan diproses dengan pantas dengan kada trillion operasi sesaat.
2. Kebolehbergantungan (English:Reliability). Komputer menjalankan operasi mengikut arahan yang berdasarkan algoritma atau formula yang telah ditetapkan. Ia akan menghasilkan output yang boleh dipercayai.
3. Konsisten (English:Consistent). Komputer memproses data menggunakan kaedah aritmetik dan logik. Kaedah aritmetik dan logik adalah konsisten sepanjang masa.
4. Ruang simpanan yang besar. Secara perbandingan, sekeping cip storan elektronik mampu menyimpan berjuta imej imbasan helaian kertas yang mungkin akan memerlukan sebuah bilik yang besar untuk menyimpan kertas-kertas ini.
5. Komunikasi. Komputer pada hari ini dilengkapi dengan pelbagai peranti komunikasi seperti serial port, vga/hdmi port, usb port, bluetooth port, lan port dan wifi port. Ia membolehkan sesebuah komputer berkomunikasi dengan komputer lain dengan mudah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan